بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirobbbilalamin
mafhumnya:sesungguhnya solatku, amal ibadahku, hidupku serta matiku kerana Tuhan sekalian alam

Dengan Pena hatiku berkata,
Dengan pena diriku bersuara

Selasa, 5 April 2011

puisi hidup

Puisi itu mainan hatiku,
Tatkala ku duka tatkala ku ceria,
Irama syahdu lukisan jiwa.

Pada alam ku sandarkan kenangan,
pada rembulan yang menyimpan rahsia perasaan
bebintang yang menemani tatkala suram,
Hilang. Sepi.

Bayu sampaikanlah cerita gembira,
Embun hapuskanlah kedinginan dijiwa,
Menanti mentari menghapuskan segala,
Kesuraman malam yang penuh duka.

Ya Tuhan bantulah hamba,
Terkesan dengan khilaf sebagai manusia,
Rebah dalam kealpaan hidup didunia
Kesepian itu hampir meragut segala,
Kehilangan itu hampir buatku lupa,
Moga penghujungnya bahagia,
Moga pengakhirnya tiada sengsara.

ana pena
kamar 114 kb

0 ulasan:

Catat Ulasan