بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirobbbilalamin
mafhumnya:sesungguhnya solatku, amal ibadahku, hidupku serta matiku kerana Tuhan sekalian alam

Dengan Pena hatiku berkata,
Dengan pena diriku bersuara

Rabu, 11 Mei 2011

Tersenyumlah :)


Tatkala diri ditimpa musibah, bersyukurlah kerana itu tandanya kasih sayang Tuhan. Tandanya Allah masih mahu menguji diri dan memberi kesempatan kepada kita untuk muhasabah dan mujahadah ke arah yang lebih diredhaiNya. Tatkala diri ditimpa kecelakaan, diberikan ujian berupa kehilangan dan kelemahan, bersyukurlah kerana Allah tahu kita kuat dan mampu mengharunginya. Rencana Allah memang sukar diduga, tapi yakinlah itu yg terbaik buat kita didunia. Sesuatu yang Allah telah rencanakan untuk melatih dan mendidik kita ke arah yang lebih baik.

Allah SWT berfirman yang maksud-Nya:
Dan Kami (Allah) pasti akan menguji kamu dengan secebis rasa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda, kehilangan nyawa serta tanam-tanaman yang tidak menjadi. Dan khabarkanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata; Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya jualah kami akan kembali. (al-Baqarah: 155)

Yakinlah ketentuan Allah. Segalanya milik Allah. DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali.
Kita diuji dengan pelbagai bentuk yang kadang-kala hampir sahaja ujian-ujian itu melemahkan dan menjatuhkan kita. Terasa dunia kelam, tiada harapan, kosong, sunyi, sendiri tiada yang menemani hinggakan kita terlupa rencana Allah. Kita lupa Allah itu ada bersama kita.

*************************************************************************************

Ana masih ingat kesusahan yang melanda ana beberapa bulan yang lalu. sangat sukar ditelan, sangat sukar dihadapi dan teramat sukar untuk digambarkan. "Ibaratnya jatuh tertimpa tangga, kemudian terjatuh lagi" Kelam, terasa sukar untuk memulakan langkah baru. Dunia seakannya mengecil dan cuba meluputkan ana keluar darinya. Hingga satu saat ana terpandang langit malam yang penuh bebintang. Terdetik hati berkata. Ya~~

"Tanpa kegelapan malam yang suram, tidak akan kelihatan tiap butiran bebintang yg menawan"


Begitulah kejadian Allah, memperlihatkan alam untuk manusia belajar mengerti tiap satu rencana Tuhan itu telah tertulis dan terlakar dalam alam ciptaanNya untuk difahami oleh hati manusia yang manu berfikir. Sungguh kalau tiada malam, tiadalah kelihatan bebintang. Malam yg dianggap suram dan kelam bagi pemuisi yang ingin menyatakan kesunyian dan kemuraman hidup. Tapi tanpa malam juga yang menjadi kanvas bebintang, tiadalah nampak keindahan bebintang. Walaupun hanya sebutir dilangit angkasa, ia cukup memberi makna akan kehidupan. Betapa tanpa kesusahan hidup didunia, kita tidak akan nampak yang cantik dan indahnya rencana Tuhan.

Alhamdulillah. Tiap satu ujian itu latihan Allah bagi tiap insan. Tanda kasihNya yang tidak terhingga untuk mendidik dan melatih diri manusia untuk menjadi setapak lebih kuat dan hebat dari sebelumnya.

*************************************************************************************

Teruslah tersenyum walaupun ditimpa pelbagai ujian kerana senyuman itu penghapus segala kedukaan dan tanda hati yang redha kepada ketentuan Tuhan. Manisnya senyuman itu mampu meluputkan kepahitan dihati. Senyuman itu juga sedekah

Sabda nabi SAW yang bermaksud: "Janganlah kamu meremehkan kebaikkan apapun walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah gembira dan senyuman) " Hadis Riwayat Muslim

Teruskanlah tersenyum walaupun hati dirundung duka. Mudah-mudahan kebaikkan itu diperoleh bersama. Insya'Allah :)

ana pena
11052011
Baitul 82 KD

0 ulasan:

Catat Ulasan