بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirobbbilalamin
mafhumnya:sesungguhnya solatku, amal ibadahku, hidupku serta matiku kerana Tuhan sekalian alam

Dengan Pena hatiku berkata,
Dengan pena diriku bersuara

Sabtu, 5 Mac 2011

Kalau..

Kalau sunyi, dengarlah kicau burung,
Kasih yang terlepas dari sangkar emas,

Kalau rindu, pandanglah bulan,
Pandangan warkah cinta semalam

Kalau sakit, lihatlah bintang,
Disitu pengubat hati yang tak senang

Kalau cinta, kenangkanlah bahagia,
Walau hanya sekelumit cuma

Kalau tiada semuanya,
Belajarlah melupakan,
kasih yang tak kesampaian,
Daripada terus meluka dan sengsara
Lepaskan pergi burung yang singgah di dahan,
Biar ia kembali pada sangkar emas
Terkurung hingga sampai detik dan ketika,
disunting putera raja

~ana pena~


0 ulasan:

Catat Ulasan