بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirobbbilalamin
mafhumnya:sesungguhnya solatku, amal ibadahku, hidupku serta matiku kerana Tuhan sekalian alam

Dengan Pena hatiku berkata,
Dengan pena diriku bersuara

Isnin, 7 Mac 2011

Tika..


Tika kau jatuh, ku angkat,
Tika kau sakit, ku ubat

Tika kau sunyi, ku peneman,
Tika kau duka, ku terkesan,

Tika kau susah, ku berpayah,
Tika kau lelah, ku gundah.

Kini, kau hebat segalanya,
Kau sihat, kau diangkat,
kau berteman, penuh dengan senyuman,
kau bahagia.

Tapi kau lupa,
lupa pada yang mengasihani,
Lalu kau kongsi kemegahan,
dengan insan yang tiada pengertian,
betapa susah dan lelah menghadapi semua itu,

Ya Rabb jadi saksi,
Kelukaan jiwa, kesakitan hati,
Bagi insan yang penuh pengharapan,
Semoga berbahagia


Ana pena
kamar 114 kb


0 ulasan:

Catat Ulasan