بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirobbbilalamin
mafhumnya:sesungguhnya solatku, amal ibadahku, hidupku serta matiku kerana Tuhan sekalian alam

Dengan Pena hatiku berkata,
Dengan pena diriku bersuara

Ahad, 6 Februari 2011

Bahtera Kehidupan


Bahtera yang ku layarkan,
Terumbang-ambing di tengah lautan,
Kekadang kilat menyambar tiang,
Hampir karam bahteraku,
Yang ku namakan kehidupan.

Bahtera kehidupanku,
Sering dipukul ombak ganas,
Hampirku menjadi lemas,
Hilang peta arah tujuan,
Hilang pegangan penguat iman.

Barang hati yang rosak, ku perbaiki,
Impian yang musnah, ku bina kembali,
Harapannya kini bahtera terus ku mudiki
Hingga sampai ke pulau destinasi.

~Ana Pena~
kamar 114 kb

*sumber gambar: google

0 ulasan:

Catat Ulasan