بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirobbbilalamin
mafhumnya:sesungguhnya solatku, amal ibadahku, hidupku serta matiku kerana Tuhan sekalian alam

Dengan Pena hatiku berkata,
Dengan pena diriku bersuara

Ahad, 13 Februari 2011

Kerana aku seorang anak.

Seketika berlalu, ku sangkakan ombak ganas itu akan pergi dan merubah geografi kehidupan kita. Ku sangkakan badai lama akan pergi bergantian yang baru yang membentuk kehidupan baru. Tapi hidup ini tak semudah yang dirancang. Hidupku dibelenggu dengan kehampaan dan kehancuran kehidupan orang tuaku.

Kerana aku seorang anak, hatiku yang terluka melihatkan kehancuran rumah tangga ku pendam dan ku biarkan mengalir pergi seperti air yang terus mengalir.

Kerana aku seorang anak, aku biarkan hati ini meratap sengsara kepedihan seorang ibu dan kesusahan seorang ayah dalam mempertahankan bahtera keluarga ini.

Kerana aku seorang anak, ku dewasakan pemikiranku walaupun bukan pada ketika dan waktu yang sepatutnya untuk ku faham perasaan dan dugaan itu.

Kerana aku seorang anak, aku cuba meluahkan apa yang ku rasakan walaupun acapkali aku akan dipukul kerana mempersoalkan sesuatu yang pernah berlaku.

Ayah, ibu,
Dua puluh enam tahun yang lalu, kasih sayang itu tersemai dalam ikatan ijab. Janji dan sumpah itu menjadi satu ikatan abadi untuk melahirkan keturunan dan anak-anak yang patuh pada Tuhan. Cinta itu mekar sepertinya kuntuman bunga yang baru berputik selepas musim sejuk. Bagaikan cinta Adam dan Hawa, dua jiwa disatukan dengan rela dan tawadhuk.

Kerana aku seorang anak, aku dambakan kasih sayang yang tidak putus-putus daripada keluargaku sebagaimana aku pada setiap waktu dan ketikanya mendoakan kesejahteraan mereka.

Kerana aku seorang anak, aku dambakan kebahagiaan dunia bersama keluargaku yang akan ku bawa hingga ke syurga.

Kerana aku seorang anak, aku mahukan ibu dan ayahku bersatu dalam membina sebuah keluarga.

Kerana aku seorang anak, aku dambakan yang terbaik untuk keluarga ini. Andai tersurat yang ku damba itu hanyalah satu khayalan yang tak mungkin disemai lagi, mungkin sekali lagi anak-anak ini terpaksa biarkan darah tangisan ini mengalir dan pergi. Kerana hanya yang terbaik itu suratan Tuhan. Biarpun pahit, itulah yang ketetapan.

Kerana aku seorang anak, aku menulis dengan harapan seorang ibu dan seorang ayah mampu membaca luahan ini. Amin ~

Sumber gambar: Google

0 ulasan:

Catat Ulasan