Perjuangan Belum Selesai
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajahTidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihinaAir mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggirDipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaanBagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti maraMengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermatbagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpeliharaair mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kitaTugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaanRupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnyaLagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negarakerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melatadan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kitaKerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsaraBangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembaraMalah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayapMenjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenalBukankah mereka pernah menjadi
wira serantauYang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsakerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormatiRupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinyatetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanyaHari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesaiKerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tandaBangsanya yang berjaya.
- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)
0 ulasan:
Catat Ulasan