بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirobbbilalamin
mafhumnya:sesungguhnya solatku, amal ibadahku, hidupku serta matiku kerana Tuhan sekalian alam

Dengan Pena hatiku berkata,
Dengan pena diriku bersuara

Selasa, 8 Februari 2011

Pemimpin Acuan Al-Quran


Bila sebut nak jadi pemimpin, yang terbayang difikiran mesti kemegahan, kedudukan, kemewahan, sanjungan, pengaruh, kuasa, kehebatan diri dan sebagainya. Tapi untuk dapat 'title' pemimpin tu memerlukan satu tanggungjawab yang maha besar. Tanggungjawab pada anak-anak buah dan ahli-ahli yang dipimpinnya. Begitu besar tanggungjawab yang diberikan untuk dilaksanakan. Itu belum lagi tanggungjawab pada Maha Esa. Pemimpin yang baik adalah yang pemimpin yang sedaya-upaya akan melaksanakan tanggungjawabkan selaras dengan tuntutan Al-Quran, yang terus berusaha untuk mengamalkan Amar Makruf Nahi Mungkar.

Menjadi seorang pemimpin yang baik bukan setakat menukar imej, menukar segalanya untuk pancing undi, tapi lebih kepada pendekatan yang sesuai dalam menguruskan keperluan dan kehendak ahlinya yang pelbagai kaum, agama dan budaya agar seiring kehidupan dunianya dan akhiratnya. Yang paling penting, bagaimana dia menggunakan kuasanya dalam menyatupadukan masyarakat pimpinannya yang pelbagai puak dan bangsa.

وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَإِقَامَ الصَّلاةِ وَإِيتَاءَ الزَّكَاةِ وَكَانُوا لَنَا عَابِدِينَ

(Al Anbiya:73)

Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, dan telah Kami wahyukan kepada mereka untuk senantiasa mengerjakan kebajikan, mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu mengabdi.(QS. Al-Anbiya’: 73)


Antara sifat utama yang perlu ada pada setiap pemimpin:

1) Pemimpin mestilah dari kalangan orang yang mengharapkan akhirat, ikhlas kepada Allah ,mempunyai hati yang sunyi daripada penyakit-penyakit hati seperti riya',ujub, tidak kasihkan jawatan, tidak gila kan pangkat serta jawatan dan sifat-sifat mazmumah yang lain.

2) Mempunyai akal yang waras dan sempurna,kebijaksanaan dan luas pemerhatian ,pemimpin tersebut bukan lah orang yang kerap lupa serta yang utamanya mereka hendaklah bijak dalam mengawal apa jua keadaan.ini disebabkan pemimpin tersebut akan banyak mengalami keadaan yang berubah-ubah dengan situasi yang berbeza.

3) Mestilah bersifat dan akhlak lemah lembut, kasihan belas dan mudah berurusan. kebiasaanya orang yang bertanggugjawab akan terdedah atau diuji dengan pelbagai ragam manusia,oleh itu hendaklah mereka melapang untuk mereka semua dengan kelembutan dan berusaha untuk menarik mereka,dan janganlah sesekali bermusuhan dengan mereka.

Firman Allah dalam Surah Ali-Imran : 159 , maksudnya ( oleh kerana rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka ,sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar,tentulah mereka menjauhkan diri dari sekeliling mu. Oleh itu maafkan lah mereka,mohonlah ampun bagi mereka dan bermusyuarah lah bagi mereka dalam urusan itu)

وَرَوَى هِشَامُ بْنُ عُرْوَةَ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : { سَيَلِيكُمْ بَعْدِي وُلَاةٌ فَيَلِيكُمْ الْبَرُّ بِبِرِّهِ ، وَيَلِيكُمْ الْفَاجِرُ بِفُجُورِهِ ، فَاسْمَعُوا لَهُمْ وَأَطِيعُوا فِي كُلِّ مَا وَافَقَ الْحَقَّ ، فَإِنْ أَحْسَنُوا فَلَكُمْ وَلَهُمْ ، وَإِنْ أَسَاءُوا فَلَكُمْ وَعَلَيْهِمْ

Hisyam bin Urwah meriwayatkan dari Abu Shalih dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah saw bersabda: “Akan datang sepeninggalku beberapa pemimpin untuk kalian. Ada seorang yang baik yang memimpin kalian dengan kebaikan, namun ada juga pemimpin yang buruk yang memimpin dengan kemaksiatan. Maka hendaklah kalian tetap mendengar dan taat pada setiap yang menepati kebenaran. Karena jika mereka baik, maka kebaikan itu untuk kalian dan untuk mereka. Namun jika mereka buruk, maka keburukan itu hanya untuk mereka”.

Bagi bakal-bakal pemimpin, jadilah pemimpin acuan Al-Quran! Sungguh tiada yang lebih baik daripada menjadi yang terbaik dalam kalangan yang baik dalam menegakkan ajaran Islam. Wallahualam

0 ulasan:

Catat Ulasan