Terima kasih ya ukhti 'cahaya penawarku' atas nasihat yang diberi. Insya'Allah mudahan yang terbaik itu akan menyusul. Terima kasih kerana menerima kehadiran ana dalam hidup ukhti. Aturan Allah yang sangat sempurna, memisahkan dan menyatukan dua jiwa. Ikatan keranaNya lebih selesa dan lebih tenang rasanya berbanding ikatan hati yang dibina. Perjalanan mencari kebenaran itu tidaklah sesukar mana andai hati ikhlas menyatakan kepatuhan kepada Allah SWT atas segala urusan didunia. Niat menyatakan penghijrahan bukan kerana sesiapa tapi keranaNya juga. Insya'Allah aturan itu akan melengkapkan segalanya caturan-caturan hidup yang selepas ini.
Betulkan niat
Tiap perbuatan itu tergantung melalui niat. Atas dasar apa sesuatu perbuatan itu dilakukan. Diterima atau tidak amalan itu tergantung niatnya. Untuk berubah? Untuk apa? Ikhlaskan diri demi Allah. Pasakkan sepenuhnya kepercayaan kepadaNya. Tiap suatu yang berlaku dan bakal berlaku itu adalah ketentuanNya yang terbaik
Baqarah 216
Iklaskan hati kerana Allah. Itu kuncinya atas segala kecukupan. Seseorang yang benar-benar ikhlas kerana Allah SWT, pasti tidak akan menyesal, terjerit-jerit, ketakutan apabila kehilangan sesuatu atau tidak perolehi sesuatu yang diinginkan kerana terdapatnya kesedaran dalam hati. ALLAH. Allah miliki segalanya, segala yang ada didunia ini hanya pinjaman sementara. Jika hati berniat ikhlas kerana Allah, diri tidak akan gusar dalam menerima ketentuanNya. Untuk berubah? Penghijrahan? Ikhlas itu kuncinya. Dalam penghijrahan ke arah kebaikkan pasti diuji bermacam-macam dugaan. Celaan, makian, kata perli, bermacam-macam desiran halus dan jahat akan menerpa menjatuhkan istiqamah dalam perjuangan. Apabila hati iklas kerana Allah, semua itu hanya menjadi suatu perkhabaran yang datang seperti desiran angin. Tidak goyah, tidak jatuh dan tidak rebah malah akan terus bersyukur dalam perjuangan. Manusia yang ikhlas hatinya untuk berubah, pujian tidak akan melemaskannya dan kejian tidak akan menyusahkannya. Semua itu diterima seadanya, yang baik diperhebat dan yang buruk diperbaiki.
Minta maaf dan memaafkan
Siapakah kita sebagai manusia yang ego dan sombong megandaikan segalanya tentang diri kita adalah betul. dan sebaliknya bagi manusia diluar sana. Minta maaf adalah sesuatu yang akan menenangkan malah menjadi pentadbir bagi hati kita. Memaafkan kesalahan orang lain dan kesalahan diri sendiri menjadi kunci untuk terus berubah. Untuk apa menyimpan dendam dan memendam sesuatu yang telah berlaku. Hanya membebankan diri sendiri. Siapa yang rugi. Bukankah kita sendiri yang rugi? Belajarlah memaafkan walaupun sesukar mana dan kita sedar bukan kesilapan kita. Tak salah kan minta maaf. Bukan rugi apa-apa pun.Allah berfirman:
Hidup dengan positif. Hadapi semuanya dengan senyuman. Insya'Allah penghijrahan akan lebih diberkati. Tanpa ada bebanan yang menyekat diri. Segala pemikiran negatif diketepikan sebaliknya lebih tumpukan kepada yang penting iaitu seruan Illahi. Berusaha dan istiqamah dalam usaha menghidupkan diri. Dekatkan diri dengan masjid, rapatkan diri dengan majlis-majlis ilmu, berqiamullail dll. Keindahan qiyamulail yang di petik melalui kitab at-tariq fil jannatil firdaus karagnan Mahmud al misriy. Maksudnya :
Betulkan niat
Tiap perbuatan itu tergantung melalui niat. Atas dasar apa sesuatu perbuatan itu dilakukan. Diterima atau tidak amalan itu tergantung niatnya. Untuk berubah? Untuk apa? Ikhlaskan diri demi Allah. Pasakkan sepenuhnya kepercayaan kepadaNya. Tiap suatu yang berlaku dan bakal berlaku itu adalah ketentuanNya yang terbaik
وَ اللهُ يَعْلَمُ وَ أَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُوْنَ
(...Dan Allah mengetahui, sedangkan kalian tidak mengetahui)Baqarah 216
Minta maaf dan memaafkan
Siapakah kita sebagai manusia yang ego dan sombong megandaikan segalanya tentang diri kita adalah betul. dan sebaliknya bagi manusia diluar sana. Minta maaf adalah sesuatu yang akan menenangkan malah menjadi pentadbir bagi hati kita. Memaafkan kesalahan orang lain dan kesalahan diri sendiri menjadi kunci untuk terus berubah. Untuk apa menyimpan dendam dan memendam sesuatu yang telah berlaku. Hanya membebankan diri sendiri. Siapa yang rugi. Bukankah kita sendiri yang rugi? Belajarlah memaafkan walaupun sesukar mana dan kita sedar bukan kesilapan kita. Tak salah kan minta maaf. Bukan rugi apa-apa pun.Allah berfirman:
خُذِ الْعَفْوَ وَ أْمُرْ بِالْعُرْفِ وَ أَعْرِضْ عَنِ الْجاهِلينَ
"Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang- orang yang bodoh."
Al Araf 199
"Memaafkan tidaklah menambah apa-apa kepada seorang hamba, kecuali kemuliaan. Oleh sebab itu perbanyaklah kalian memafkan, nescaya Allah akan memuliakan kalian"
(HR Ibnu Abiddunya)
Buang yang negatif dan hidupkan diri Al Araf 199
"Memaafkan tidaklah menambah apa-apa kepada seorang hamba, kecuali kemuliaan. Oleh sebab itu perbanyaklah kalian memafkan, nescaya Allah akan memuliakan kalian"
(HR Ibnu Abiddunya)
Hidup dengan positif. Hadapi semuanya dengan senyuman. Insya'Allah penghijrahan akan lebih diberkati. Tanpa ada bebanan yang menyekat diri. Segala pemikiran negatif diketepikan sebaliknya lebih tumpukan kepada yang penting iaitu seruan Illahi. Berusaha dan istiqamah dalam usaha menghidupkan diri. Dekatkan diri dengan masjid, rapatkan diri dengan majlis-majlis ilmu, berqiamullail dll. Keindahan qiyamulail yang di petik melalui kitab at-tariq fil jannatil firdaus karagnan Mahmud al misriy. Maksudnya :
"Hendaklah kamu qiyamulail, kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, sebagai pendekatan kepada Allah, pencegah daripada dosa dan menghapus penyakit badan."
Qiamulail dapat membantu mencegah dosa dan menghapuskan penyakit badan. Dengan qiamulail hati akan lebih terjaga malahan qiamulail menjadi perantara mendekatkan diri kita dengan pencipta. Ketenangan dan perubahan dan penghijrahan itu daripada Tuhan, justeru kepadaNya lah kita memohon dan kepadaNya-lah kita mengharap.
Ar-Ra'ad 28
أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati akan jadi tenteram"Ar-Ra'ad 28
"Semoga bagi hati yang ingin berubah ketemu jalanNya, diberikan kekuatanNya, diberikan petunjukNya dan istiqamah dalam menyampaikan seruanNya" Insya'Allah :)
Ana Pena
20052011/03:32 am
Baitul 82 Kd
Ana Pena
20052011/03:32 am
Baitul 82 Kd
2 ulasan:
Hidup dengan positif. Hadapi semuanya dengan senyuman. Insya'Allah penghijrahan akan lebih diberkati. Tanpa ada bebanan yang menyekat diri. Segala pemikiran negatif diketepikan sebaliknya lebih tumpukan kepada yang penting iaitu seruan Illahi. Berusaha dan istiqamah dalam usaha menghidupkan diri. - suka quote ini.. terima kasih
Alhamdulillah. sama-sama :)
Catat Ulasan