بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirobbbilalamin
mafhumnya:sesungguhnya solatku, amal ibadahku, hidupku serta matiku kerana Tuhan sekalian alam

Dengan Pena hatiku berkata,
Dengan pena diriku bersuara

Khamis, 12 Mei 2011

Itu semalam, hari ini "Hebat"


"Ujian Tuhan sebagai latihan dan didikkan untuk setapak lebih hebat dan kuat daripada semalam"

Semalam tika ana masih dalam kegelapan dan kesuraman perasaan, tidak ana menyangka hari ini hari indah dengan rencana Tuhan. Kepayahan dan kesukaran semalam memberikan impak yang sangat berkesan dan positive dalam merencanakan siapa ana pada hari ini. Alhamdulillah semalam yang menjadi sejarah berjaya sebagai guru yang mengajar ana erti kehidupan sebenarnya. Pengalaman adalah sesuatu yang membedakan tiap insan. Tiap yang dirasakan itu berbeza dengan setiap manusia yang lain dan itu yang menjadikannya amat berharga untuk dikongsi sesama manusia.

Jika semalam masih rebah, hari ini biarkan merangkak dan keesokkannya teruslah berlari.
Jika semalam banyaknya khilaf, hari ini teruslah muhasabah dan keesokkannya bersama mujahadah ke arah kebaikkan. Semalam itu sesuatu yang sudah berlaku, hari ini milik kita untuk merubah sesuatu yang mungkin akan berlaku pada keesokkan harinya.

Allah berfirman dalam surat QS. Ar-Ra'd 11:13
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya"

Bersamalah berusaha memperbaiki diri. Setiap langkah itu haruslah merupakan langkah baru yang penuh pengharapan dan keyakinan akan rencana Tuhan. Bersangka baik pada tiap musibah dan ujian kerana rencana Tuhan itu lebih baik daripada apa yg mungkin kita sangkakan. Allah membaca tiap hati manusia dan mungkin kejadiannya hari ini adalah detik-detik kecil yang terdetik dihati kita pada suatu masa dahulu.yang sangat kita impikan. Bersyukurlah dan tersenyumlah Allah mendengar dan memberi perhatian pada hatimu :)

*************************************************************************************
Hari ini sangat hebat rasanya jika tetap berpegang pada ketetapanNya. Sangat hebat rasanya apabila merasakan kecukupan dalam kesederhanaan. Sangat hebat rasanya apabila hati tetap redha dan pasrah pada rahmat dan musibah. Tika semalam hati masih kecil menilai dan melihat kejadian Tuhan, hari ini terbentang luas ciptaan Tuhan. Sekecil-kecil ujian dengan dilimpahkan sebesar-besar pertolongan. Subhanallah. Nikmat Allah yang manakah yang ingin didustakan?
Pengalaman semalam cukuplah sekadar pengajaran. yang baik dijadikan pengajaran dan yang buruk dijadikan sempadan. untuk apa diikatkan perasaan pada kenangan semalam. " Let bygone be bygone" Hidupkan hari ini dengan kehebatan dan kemegahan ilmu Tuhan. Hidupkan hari ini dengan cahaya keinsafan dan keazaman istiqamah dalam perubahan.

Masih ramai yang takut berubah. Masih ramai yang takut untuk keluar dari kelompok yang sama. Masih ramai yang gusar untuk keluar dari kepompong setelah sekian lama. Bagaimana hendak diperhebatkan manusia, kalau kaki masih belum mahu melangkah setapak kehadapan mencipta satu kejayaan (?). Masih mahu berterusan melakukan dosa, bertaubat tapi masih dan masih melakukan dosa yang sama tanpa mahu terus melangkah gagah meninggalkan semua itu (?)

Setiap hari kita harus berani berkata " Aku akan berubah untuk melawan semua ini.." "Aku kuat!, Esok aku bukanlah aku pada hari ini, aku adalah aku yang hebat!, Hebat dalam mengawal nafsu dan perasaanku sendiri, Hebat dalam menjaga diri dan maruahku, Hebat dalam istiqamah ku mujahadah dijalanMu.."
"Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi kamu adalah orang yang bertakwa "
Surah Hujarat 49:13


Teruskan berusaha wahai diri. Semakin kuat keazamanmu, akan semakin kuat ujian menimpamu. Jangan berputus asa, betulkan niat kerana Allah. Allah memandang keazamanmu untuk berubah dan Allah mengetahui semua kesusahan dan kepayahan itu. Insya'Allah.
Beristiqamah, muhasabah dan mujahadah keranaNya:)

Ana pena
12052011
Baitul 82 Kd






0 ulasan:

Catat Ulasan