Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama' yang mulia,Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang Guru biasa,Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
- Usman Awang (1979)
******************************************************************************************
Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di Malaysia yang cekal memberikan ilmu dan melayan kerenah anak didiknya. Daripada bermulanya kenal huruf a.b.c.d.... hinggalah menjadi pembahas yang petah berkata-kata, TERIMA KASIH, cikgu.
Dulu ana seorang yang sangatlah degil, masih degil kot sekarang (?) :). Ana masih ingat semasa ana darjah satu, ana lari dari sekolah :), katanya diri bosan belajar perkara yang sama di sekolah. Di rumah ayah sering mengajar, mendidik dalam cerita-cerita dalam bahasa melayu dan inggeris. Walaupun ana tidak memasuki pra-sekolah, namun Alhamdulillah didikan dari ibiudan ayah sedikit sebanyak menjadi pendidikan asas kepada diri ana dan adik-adik. Jadinya, ana selalu mencari peluang untuk 'lari' dari sekolah. Bila tiba laporan kedatangan, Nah! separuh-nya ponteng (hehe). Tapi Alhamdulillah, berkat doa kedua ibu bapa dan berkat kesabaran guru yang mendidik ana pada waktu itu (Cikgu Mashitah), ana berjaya dipujuk dan ana diberi peluang untuk mencipta minat baru dalam dunia puisi dan cerita. Ana diserapkan ke dalam Kelab Bahasa dan Budaya sebagai medium untuk mencungkil bakat dalam bidang bahasa disekolah. Ana sering dipanggil untuk mendeklamasi puisi, bersyair, bersajak, bercerita dan membuat persembahan dalam sebarang aktiviti di sekolah. sedikit sebanyak menjadi minat baru ana untuk terus ke sekolah menimba ilmu. Bila dikenangkan, sangatlah lucu. Tersenyum sendiri :)
Setiap kali tiba hari guru, "hooray..tak ada kelas, ada persembahan, boleh balik awal dan sebagainya" Guru-gurulah yang paling bertuah. Zaman ana dulu, mesti sekurang-kurang seorang guru itu dapat satu hadiah dari anak muridnya. Kalau guru tu guru 'favorite' , bertimbun-timbun hadiah kepadanya. Ada pen, bunga, kad ucapan, cokelat dan sebagainya. Sekarang masih begitukah (?).
.
.
.
Benar guru sebagai perantara pendidikan anak bangsa. Siapa kita pada hari ini adalah siapa yang mengajar kita sebelumnya. Tanpa mengenal lelah, mereka terus melangkah untuk mendidik dan memberikan ilmu secukupnya kepada anak-anak didik mereka dengan harapan satu hari nanti anak-anak ini berjaya dan mampu menjadi aset kepada pembangunan negara. Benar, pelajar adalah aset utama negara. Melalui ilmu pengetahuan yang ditimba, mereka mampu menjadi angkasawan berjaya, mereka mampu meredah samudera, memimpin sebuah negara dan menjadi seorang yang terkemuka. Profesen sebagai seorang guru menuntut seorang itu untuk ikhlas memberi tanpa mengharapkan kembali kerana yang diajar adalah anak bangsa yang kerdil dan dahagakan ilmu. Mengharapkan seorang yang bernama guru untuk membuka mata dan ruang untuk berfikir akan kehebatan ilmu Allah SWT. Pelbagai panggilan diberikan; guru, cikgu, doktor, professor, ustaz, ustazah dll, tapi matlamat mereka adalah sama iaitu mengajar dan memberikan satu pengertian baru kepada anak didiknya. Seingat ana, tidak pernah ada guru yang akan menjatuhkan anak muridnya. Mereka akan sedaya upaya mendidik walau sesukar mana hanya untuk melihat anak didiknya berjaya. Mereka sanggup mengadakan kelas tambahan yang tidak berbayar hanya untuk memastikan anak didiknya perolehi sesuatu yang berharga iaitu ILMU.
ana pena
16052011/02:40 am
baitul 82, Kd

Terima Kasih Cikgu!
Terima Kasih Ayah dan Ibu yang tak jemu mendidikku, kalian-lah guruku dunia akhirat
Terima Kasih Ayah dan Ibu yang tak jemu mendidikku, kalian-lah guruku dunia akhirat
ana pena
16052011/02:40 am
baitul 82, Kd
0 ulasan:
Catat Ulasan