Jika hati mati maka semua amalan yang dilakukan akan menjadi tempang. Manusia akan mengejar dunia dan ilmu akhirat akan ditinggalkan. Hati akan lebih cenderung untuk memenuhi kehendak nafsu berbanding memenuhi tuntutan akhirat.
Namun demkian hati juga diciptakan dengan ciri-ciri sensetif seperti mudah terpengaruh oleh persekitaran, mudah berubah, berbolak balik, adakalanya tersesat, adakalanya terpimpin. Adalah menjadi tugas seorang mukmin untuk menjaga hatinya, merawat dan menghidupkan semangat iman didalam hati
Sahabat Rasulallah SWT pernah menerima teguran langsung melalui wahyuNya, supaya mereka sentiasa menguruskan hati dengan penjagaan yang baik agar ia dapat berfungsi dengan sempurna sebagai media penerima hidayah dari Allah. Menurut pendapat Abdullah ibn Mas'ud, Allah menegur mereka pada saat mereka baru empat tahun memeluk Islam. Dengan FirmanNya dalam surah Al Hadid ayat 16

أَ لَمْ يَأْنِ لِلَّذينَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَ ما نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَ لا يَكُونُوا كَالَّذينَ أُوتُوا الْكِتابَ مِنْ قَبْلُ فَطالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَ كَثيرٌ مِنْهُمْ فاسِقُونَ
"Belumkah datangnya waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Kitab kepadanya, kemudian berlalu masa yang panjang keatas mereka lalu hati mereka menjadi keras dan kebanyakkan diantara mereka adalah orang-orang yang fasik "
Apabila hati dibiarkan tanpa penjagaan, lama kelamaan ia menjadi keras lalu membentuk benteng kukuh yang tidak dapat ditembusi cahaya hidayah Allah. Terkunci mati dan menjadi sarang kejahilan dan kejahatan. Mudahlah syaitan dan iblis beraja dalam hati kita. Dengan mudahnya kita menutup hati dari hidayah Allah SWT dan membiarkan hati hidup dalam kegelapan tanpa cahaya petunjuk dari Illahi.
Pada hakikatnya, cahaya menyinari hati bersumberkan tiga media utama iaitu cahaya al-quran, sembahyang dan mengingati mati. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Al-Imam Al Ghazali " Carilah hatimu di tiga tempat, pertama ketika membaca Al-Quran, kedua ketika sembahyang dan ketiga ketika engkau mengingati mati. Jika pada ketiga tempat itu kamu tidak menemukan hatimu maka mohonlah kepada Allah agat Dia memberimu hati kerana sesungguhnya kamu ketika itu tidak memiliki hati"
Kejayaan seseorang bergantung kepada usahanya untuk mengenali Tuhannya. Kejayaan itu sejauh mana seseorang itu mengikat dirinya dengan Tuhannya. Maka Al-Quran lah sebagai perantara yang mengikat seorang hamba dengan TuhanNya. Melaluinya, seseorang akan dapat membedakan yang hak dan yang batil, mengetahui jalan yang terang sebagai jalanan hidup seharian. Dia lahir melalui bimbingan wahyu, menjadi manusia yang kuat, jujur, kuat bekerja dan memiliki misi yang jelas dalam kehidupannya. Kalaupun manusia itu malas, miskin dan suka menyusahkan orang lain punca pertama penyakitnya ialah kerana dia jahil, jauh dari agamanya, jauh dari bimbingan Al-Quran dan tidak mengenali Tuhannya secara dekat.
Kalaupun orang kaya yang mewah segalanya tetapi sengsara jiwanya, punca utama keadaan itu adalah jauh dari Allah SWT. Kejayaan atau kegagalan itu bermula daripada usaha menhurus hati, mengenal Allah dan kesucianNya.
2. Cahaya kedua: sembahyang
Setiap manusai mengimpikan kejayaan dalam melakukan sesuatu perkara. Memperoleh sesuatu yang berharga dalam hidup, kejayaan, kebahagiaan, keceriaan, kemenangan dan segalanya yang baik. Semua itu nikmat Allah SWT yang ,memberi manfaat dan mudarat, membahagi dan mencabut rezeki, memberi petunjuk dan menyesatkan hati. Dia yang merencanakan semua pada tiap hambaNya. Hanya kepadaNya kita meminta pertolongan dan memohon sebarang hajat ke arah kebaikkan. Sembahyang merupakan satu perantara hamba untuk menyampaikan rasa syukur kepada yang Esa yang telah memberikan nikmat hidup. Sembahyang juga sebagai perantara hamba meminta dan memohon pertolongan. Sembahyang mengeratkan hamba dengan Tuhannya. Ibn Al Qayyim Rahimahullah pernah berkata :
Sesungguhnya ibadat yang meghampirkan manusia dengan Allah adalah melalui sujud seorang hamba itu.
3. Cahaya ketiga: mengingati mati
Antara kebijaksanaan seorang muslim ialah merancang masa depan. Mengingati mati boleh menghidupkan hati, menyuntuik semangat untuk terusan meningkatkan amal, menumbuhkan rasa takut dan harap kepada Allah seterusnya mendorong hati untuk senantiasa bertaubat. Jika ramai manusia berlumba-lumba menghadiri pesta keriangan, memenuhi pasar dan mengunjungi tempat peranginan yang indah, tidak salah jika kita menziarahi kubir sebagai kegiatan rutin untuk menginsafkan hati dan mengingati mati. Sebagaimana yang dilakukan Rasulallah yang lazim menziarahi kubur dan mendoakan kaum muslimin tidak kira siang ataupun malam.
-Keramat sebuah hati-
"Mengharapkan hati terus hidup, mengamalkan yang makruf, meninggalkan yang mungkar"Pada hakikatnya, cahaya menyinari hati bersumberkan tiga media utama iaitu cahaya al-quran, sembahyang dan mengingati mati. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Al-Imam Al Ghazali " Carilah hatimu di tiga tempat, pertama ketika membaca Al-Quran, kedua ketika sembahyang dan ketiga ketika engkau mengingati mati. Jika pada ketiga tempat itu kamu tidak menemukan hatimu maka mohonlah kepada Allah agat Dia memberimu hati kerana sesungguhnya kamu ketika itu tidak memiliki hati"
*************************************************************************************
1. Cahaya pertama: membaca Al-QuranKejayaan seseorang bergantung kepada usahanya untuk mengenali Tuhannya. Kejayaan itu sejauh mana seseorang itu mengikat dirinya dengan Tuhannya. Maka Al-Quran lah sebagai perantara yang mengikat seorang hamba dengan TuhanNya. Melaluinya, seseorang akan dapat membedakan yang hak dan yang batil, mengetahui jalan yang terang sebagai jalanan hidup seharian. Dia lahir melalui bimbingan wahyu, menjadi manusia yang kuat, jujur, kuat bekerja dan memiliki misi yang jelas dalam kehidupannya. Kalaupun manusia itu malas, miskin dan suka menyusahkan orang lain punca pertama penyakitnya ialah kerana dia jahil, jauh dari agamanya, jauh dari bimbingan Al-Quran dan tidak mengenali Tuhannya secara dekat.
Kalaupun orang kaya yang mewah segalanya tetapi sengsara jiwanya, punca utama keadaan itu adalah jauh dari Allah SWT. Kejayaan atau kegagalan itu bermula daripada usaha menhurus hati, mengenal Allah dan kesucianNya.
2. Cahaya kedua: sembahyang
Setiap manusai mengimpikan kejayaan dalam melakukan sesuatu perkara. Memperoleh sesuatu yang berharga dalam hidup, kejayaan, kebahagiaan, keceriaan, kemenangan dan segalanya yang baik. Semua itu nikmat Allah SWT yang ,memberi manfaat dan mudarat, membahagi dan mencabut rezeki, memberi petunjuk dan menyesatkan hati. Dia yang merencanakan semua pada tiap hambaNya. Hanya kepadaNya kita meminta pertolongan dan memohon sebarang hajat ke arah kebaikkan. Sembahyang merupakan satu perantara hamba untuk menyampaikan rasa syukur kepada yang Esa yang telah memberikan nikmat hidup. Sembahyang juga sebagai perantara hamba meminta dan memohon pertolongan. Sembahyang mengeratkan hamba dengan Tuhannya. Ibn Al Qayyim Rahimahullah pernah berkata :
"Ketika manusia bergantung kepada dunia, gantungkanlah dirimu hanya kepada Allah. Ketika manusia bergembira kerana dunia, jadikanlah dirimu bergembira kerana Allah. Ketika manusia mencari bahagia dengan kekasih mereka, carilah bahagia dengan menyintai Allah dan ketika manusia pergi menghadap raja dan pembesar, pergilah menuntut hajatmu hanya kepada Allah"
Sesungguhnya ibadat yang meghampirkan manusia dengan Allah adalah melalui sujud seorang hamba itu.
3. Cahaya ketiga: mengingati mati
Antara kebijaksanaan seorang muslim ialah merancang masa depan. Mengingati mati boleh menghidupkan hati, menyuntuik semangat untuk terusan meningkatkan amal, menumbuhkan rasa takut dan harap kepada Allah seterusnya mendorong hati untuk senantiasa bertaubat. Jika ramai manusia berlumba-lumba menghadiri pesta keriangan, memenuhi pasar dan mengunjungi tempat peranginan yang indah, tidak salah jika kita menziarahi kubir sebagai kegiatan rutin untuk menginsafkan hati dan mengingati mati. Sebagaimana yang dilakukan Rasulallah yang lazim menziarahi kubur dan mendoakan kaum muslimin tidak kira siang ataupun malam.
Dengan membaca Al-Quran, mendirikan solat dan mengingati mati, Mukmin dianggap telah melakukan penjagaan yang rapi terhadap hatinya. Insya'Allah mudahan hati kita terus hidup untuk menerima hidayah dan petunjuk dari Illahi
-Keramat sebuah hati-
ana pena
15052011/12:08
Baitul 82 Kd
0 ulasan:
Catat Ulasan