بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirobbbilalamin
mafhumnya:sesungguhnya solatku, amal ibadahku, hidupku serta matiku kerana Tuhan sekalian alam

Dengan Pena hatiku berkata,
Dengan pena diriku bersuara

Isnin, 23 Mei 2011

Musafir Cinta Saigon (II)- ana jatuh cinta

Entah mengapa hati ana sering ingin menulis tentang Cinta ana di Saigon. Saigon atau nama barunya Ho Chi Minh City, Vietnam menyimpan sejuta kenangan yang sukar digambarkan. Antara suka dan duka itulah yang mengajar erti kehidupan. Dalam kesibukkan kota Saigon, ana belajar berdepan kenyataan. Kenyataan yang sukar ditelan dan diolah menjadi cerita. Satu perjalanan yang telah ana tempuh dan itu menjadi kenangan betapa benar Allah tidak akan menguji seseorang hamba itu melebihi kemampuan hamba itu sendiri. Benar segala yang ana berdepan itu adalah ketakutan ana selama ini. Di Kota Saigon, ana melatih diri. Menerima kekurangan diri dan menghargai apa yang ana miliki. Sungguh kenangan itu sukar ana lupakan. Dalam melihat kesusahan dan kepayahan rakyatnya mencari rezeki, betapa bersyukur dalam hati ditakdirkan untuk tidak merasai semua itu. Kita seringkali lalai melihat sesuatu yang telah pergi hinggakan kita terlupa untuk kekal berdiri dan mencari rahmat Illahi yang trebentang didepan mata kita.

Ana ke Saigon atas lawatan Universiti yang dikelolakan dalam kalangan kelompok ana sendiri. Bertapa bertuahnya ana dapat merasai nikmat cinta itu di Saigon. Sungguh ana tidak menyangka, di bumi bertuah Saigon ana ketemu sesuatu yang dikatakan Cinta. Cinta sejati Rabbul 'Izzati. Ana dipaksa berdepan realiti dan memujuk diri untuk pasrah pada ketentuanNya disini. Dalam musafir itu, terlalu banyak yang ingin dikatakan. Setiap hari, setiap detik dan setiap ketika itu, subhanallah bertapa kuatnya jiwa yang Allah berikan untuk lalui semua itu. Tidak pernah ana jangka akan sekuat itu, tidak pernah ana sangka akan mampu hadapi semua itu. Tapi ternyata itulah ketentuanNya.

Di bumi Saigon, ana belajar betapa kesusahan itu bukan penghalang untuk meraih sesuatu. Betapa keperitan hidup itu bukanlah penghalang untuk merasai kebahagiaan hidup yang hakiki. Disana, perkampungan Islamnya dicelahan kota yang sarat dengan manusia. Tapi apa yang ana lihat, tidak pernah ada tanda terseksa dan derita. Apa yang ana lihat hanyalah muka-muka yang gembira dan bahagia. merasai cukup dengan apa yang ada. bersyukur dengan pemberian yang Esa. Kesusahan dan keperitan itu akan menjadi manis kiranya hati penuh kesyukuran, kiranya tiap perbuatan itu ikhlas mengharapkan pada Ya Ar Rahman.

Sungguh kenangan itu masih bermain didalam fikiran. Terasa baru sebentar tadi tinggalkan bumi bertuah itu. Indah sekali ketetapan Tuhan. Walaupun pahit untuk ditelan, tapi itulah ubat untuk segala kesusahan. Ya Al Basit, sngguh disetiap kesulitan akan ada kemudahan. Dan semoga kemudahan itu bukanlah istidraj bagi ana. Takut memirkan andai keindahan ini sebagai satu ujian Maha Besar. Mudahan andai benar ujian, ana mampu hadapi dengan rasa tawaduk dan rendah hati. Amin :)

Dalam kesempitan ruang waktu, Allah melapangkan hati ana untuk berfikir dan munajat dalam tiap doa kepadaNya. Alhamdulillah, semoga Allah tetapkan hati ana dijalan ini. Biarlah ana menangis diperlakukan sebagaimanapun, ana akan tetap berdiam. Ana tidak akan melukakan. Ana hanya tajam di mata pena, bukan tajam untuk berkata dan menikam manusia. Biarlah apa pun yang diperlakukan pada ana, ana akan terus berdiam. Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada mencela dan menyampaikan kata-kata dusta.? Sungguh andai hati ana terluka, cukuplah dengan kata hikmatNya menyembuhkan luka dan dosa. Ana akan terus berdiam dan itu yang terbaik. Bukankah merendah diri itu sesuatu yang dipandang mulia? Bukankah dengan berdiam diri itu menyelamatkan kita dari fitnah manusia dan dengki sesama kita?. Cinta Saigon dalam musafir ana mengajar ana bertapa hidup ini hanyalah sekadar pentas lakonan, yang menilainya Tuhan yang mengetahui segalanya tentang hati dan perasaan. tentang benarkah atau palsukah segala perkataan.

Dalam musafir itu, ana belajar bertapa indahnya dunia untuk dinikmati oleh kita berbanding sedikit ujian dariNya sebagai pemangkin kita untuk lebih kuat. Dari pandangan melalui angkasa, subhanallah bertapa cantiknya ciptaanNya. Bumi yang menghijau, laut yang membiru, langit yang memutih yang tetap setia pada titah Tuhanya untuk memberikan yang terbaik kepada kita. Bertapa luasnya dunia untuk diteroka bukan seperti yang ana sangka pada setiap kali ana dirundung duka, terasa diri dikurung dalam tempurung kelapa dan tiada jalan keluar. Dunia ini sangat luas untuk tiap hati yang mahu melihat dan meneliti.

Ana tak tahu mengapa Saigon itu menjadi titik mulanya suatu yang baru dalam hidup ana. Ana telah jatuh cinta! Cinta pada hidup yang bahagia dalam kesederhanaan, Cinta pada alam yang menjanjikan ketenangan, Cinta pada kesyukuran dalam kekurangan, Cinta pada senyuman dalam keperitan hati dan perasaan dan Cinta pada CINTA dalam tangisan. Ana temui cinta ana di bumi bertuah Saigon dalam musafir ana menimba ilmu. Mungkin itu yang buatkan ana sering teringatkan Saigon.

Dalam MH 751, satu jam lima puluh lima minit. Itulah kekuatan ana, kekuatan melawan sesuatu yang sangan memberati ana selama ini. Kekuatan melawan perasaan sendiri, ketakutan dan keserabutan tentang kehidupan. Alhamdulillah, syukur padamu Tuhan, segala yang terkusut telah terlerai. segala yang tersimpul telah terungkai. padaMu tempat ku mengharap. Musafir di Saigon itu menjadi pengajaran yang sangat berguna untuk ana. Pengajaran tentang perjalanan kehidupan daripada perspektif yang berbeza dari asalnya. Merasai payahnya berhadapan dengan ketakutan sendiri, akhirnya itu yang paling manis.

"Semoga musafir itu membuahkan Cinta yang abadi. Cinta hakiki yang hanya dimiliki disisi Illahi"

Ana Pena
23052011/02:10am
Damansara

0 ulasan:

Catat Ulasan