"Pertemuan kita di suatu hari menitikkan ukhwah yang sejati bersyukurku ke hadrat Illahi di atas jalinan yang suci"
Hari ini tersangatlah sentimental. Ana membuka satu album semasa sekolah rendah yang telah hampir sepuluh tahun ditinggalkan. Zaman yang masih belum kenal erti payah dan sukarnya hidup. Semuanya tampak mudah dan indah. Senyuman dan senyuman yang tidak pernah lekang dalam tiap gambar. Tampak keihlasan yang tidak ada sifat dengki dan kealpaan. Hanyalah muka-muka bersih yang mengharapkan ilmu dan didikan. Syukur alhamdulillah, ana ada menulis keterangan bagi setiap gambar, sejarahnya dan cerita disebaliknya. Sekurang-kurangnya, ingatan ana mampu mencapai dan mengingati semua kenangan itu. Yang mungkin pada hari ini ada teman-teman yang sudah bekerja, mendirikan rumah tangga atau mungkin masih belajar menimba ilmu diseluruh pelusuk dunia. Dimana pun mereka, ana yakin semuanya berjaya.
*************************************************************************************
Firman Allah dalam surah Al Hujarat ayat 13
Tiap langkah perjalanan, pasti akan mengatur pertemuan. Pertemuan-pertemuan baru yang tidak disangkakan dalam membina ukhwah sesama manusia. Sepanjang perjalanan entah berapa juta manusia yang telah bertandang dan menjadi kawan dan teman dalam membantu kita mengharungi kehidupan. Manusia tidak mungkin mampu menghadapi kenyataan hidup seorang diri tanpa punyai sebarang hubungan dengan manusia lain. Melalui perkenalan, manusia akan saling memahami keperluan dan kehendak setiap manusia lain. Dijadikan manusia itu bersuku dan berbangsa berbeda untuk saling mengenali dan berkongsi cara hidup dan budaya bersama. Dijadikan manusia itu berbeza untuk kita saling mensyukuri nikmatNya. Perbezaan-perbezaan yang mungkin akan menimbulkan kedengkian dan kerosakkan pada hati. Disitulah kita belajar mensyukuri dan memahami nikmat kurniaan Allah itu.
Ta'aruf, tafahum dan ta'awun, merupakan tiga kunci utama dalam pergaulan.
1. Ta'aruf
Apa jadinya ketika seseorang tidak mengenal orang lain? Mungkinkah mereka akan saling menyapa? Mungkinkah mereka akan saling menolong, membantu atau memperhatikan? Atau mungkinkah ukhuwah Islamiyah akan dapat terwujud ? Melalui ta'aruf atau saling mengenali menjadi satu perkara wajib apabila kita keluar bermasyarakat. Permulaan kepada silaturahim, bagaimana kita mulakan perkenalan dan mengenali secara ringkas siapa yang kita berteman.
2. Tafahum
Memahami, merupakan langkah kedua yang harus kita lakukan ketika kita bergaul dengan orang lain.Setelah kita mengenal seseorang pastikan kita tahu juga semua yang ia suka dan yang ia benci. Dengan memahami kita dapat memilih siapa yang boleh menjadi kawan bergaul kita dan siapa yang harus kita jauhi. Kata pujangga "Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan bau wanginya, bersahabat dengan tukang besi, percikkan api akan mencarikkan baju kita"
3. Ta'awun
Setelah mengenal dan memahami, rasanya ada yang kurang jika belum tumbuh sifat ta’awun (saling tolong menolong) . Kerana inilah yang akan menumbuhkan rasa cinta diri seseorang kepada kita. Bahkan Islam sangat menganjurkan kepada umatnya untuk saling menolong dalam kebaikan dan taqwa. Rasulullah saw telah mengatakan bahawa bukan termasuk umatnya orang yang tidak peduli dengan urusan umat Islam yang lain.
Tiga kunci utama inilah yang membantu manusia untuk hidup dalam masyarakat yang saling memahami dan menghormati antara satu dan lain.

Ukhwah itu indah. Ukhwah itu menjadikan manusia sepakat menjaga peraturannya. Ukhwah itu menjadikan kita saudara, keluarga yang besar dan tiada sempadan perbezaan bangsa dan budaya. Ukhwah itu membuatkan kita rasa aman dan berteman walau dimana kita berada. Ukhwah itu tetap ada walaupun kita jauh dimata. Ukhwah itu yang menyatukan tiap hati kita. Insya'Allah :)
ana pena
14052011/ 05:40 pm
Baitul 82 Kd

يا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْناكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَ أُنْثى وَ جَعَلْناكُمْ شُعُوباً وَ قَبائِلَ لِتَعارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَليمٌ خَبيرٌ
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki- laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa- bangsa dan bersuku- suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"

0 ulasan:
Catat Ulasan